Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya kita telah berjaya setapak lagi kehadapan dengan terbinanya Laman Web sekolah mulai awal tahun 2013.Sekalung tahniah kepada pihak yang terlibat bersepadu tenaga sehingga berjaya Laman Web ini dilaksana.Usaha ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk merealisasikan penggunaan IT dalam urusan harian diperingkat sekolah, jabatan atau Kementerian.Melalui Laman Web, banyak maklumat penting dapat disebarkan dengan cepat kepada pelanggan terutama pelajar dan ibu bapa. Jalinan kerjasama semua warga sekolah kita mampu menjadikan pelajar ini ke arah celik IT lebih awal sesuai dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan kerajaan elektronik menjelang tahun 2020.Kementerian juga mempunyai hasrat yang tinggi untuk mempastikan semua pelajar cemerlang dan mempunyai minda kelas pertama bertepatan dengan visi “Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang”. Sekian.
0 comments:
Post a Comment